19 June 2014

MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Berikut merupakan petikan ceramah yang disampaikan oleh pegawai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan sempena Kempen Antidadah di Sekolah Kebangsaan Bawang, Tamparuli.

MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Selamat pagi guru-guru, murid-murid dan warga sekolah sekalian. Terima kasih kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah “Mewujudkan “Generasi Tanpa Dadah”.
Hadirin sekalian,
            Penagihan dadah telah menjadi satu masalah yang serius dan membimbangkan. Semua pihak mesti menjalankan peranan masing-masing dalam usaha untuk menangani masalah ini. Individu, ibu bapa, tokoh agama, media massa dan pertubuhan sukarela perlu berusaha membentuk barisan generasi yang bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hadirin yang saya hormati,
            Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu membasmi dadah. Mereka disarankan agar memberikan kesedaran kepada pihak supaya membenci dadah. Hayatilah slogan “Katakan Tidak kepada Dadah” dan jadikannya sebagai satu pegangan.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
            Media massa seperti televisyen, radio dan akhbar dapat menyebarkan maklumat dengan berkesan. Oleh itu, peranan media massa perlu dipertingkatkan. Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk generasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk mencapai misi ini. Mereka perlu bersedia untuk menempuh segala cabaran kerana tugas ini adalah berat untuk dilaksanakan.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
            Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan lebih proaktif. Agensi ini diharapkan akan merealisasikan impian Generasi Bebas Dadah menjelang 2015 nanti. Semua pihak diharapkan akan memberikan kerjasama.
Dengan tegas saya katakan bahawa jika kita terlibat dengan dadah, masa depan kita akan menjadi gelap. Kita akan menjadi beban kepada orang lain. Sepatutnya kitalah yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan Negara yang kita kasihi ini.
Demikianlah ceramah saya pada kali ini. Semoga impian kita untuk bebas daripada dadah akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

3 comments:

Harith Iskandar said...

agak susah sikit kalau bekalan sentiasa ada n ibu bapa main peranan yang lbh terhadap anak2...maybe

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...