03 January 2014

Khasiat Kacang Bendi (Ladys Finger)


Kacang Bendi ( Ladys Finger )

Bendi adalah sejenis sayur yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan India. Ia mudah didapati dan sangat sedap dicampur kedalam hidangan kari dan goreng bercili.Tahukah anda bendi banyak khasiatnya? Antara khasiat bendi ialah:



1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong. 
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.


P/s : Sedap dibuat ulam cicah dengan sambal kacang campur belacan..nyum3 

01 January 2014

AKROSTIK


AKROSTIK ialah satu ayat yang terbentuk apabila ayat atau cerita yang dibina menggunakan huruf pertama daripada beberapa kata kunci bagi sesuatu fakta atau isi pelajaran yang hendak diingat..

Bagaimana caranya???
1. Kenal pasti kata kunci sesuatu isi pelajaran
2. Kenal pasti huruf pertama
3. Jadikan huruf pertama sebagai perkataan baharu yang boleh dijadikan ayat atau cerita.

Contoh :
Organ pernafasan haiwan ialah paru-paru, kulit, insang, dan liang pernafasan
P = paru-paru
K = kulit
I = insang
LP = liang pernafasan

AKROSTIK = Pak Kassim Ingin Lompat Pagar

P/s : Mengimbau zaman kanak-kanak yang hendak menghadapi UPSR sebab zaman tu la Lulu banyak praktikkan teknik ney dibawah bimbingan guru Lulu.. Terima Kasih banyak2 CIKGU :)


Rindu zaman sekolah :D

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...