22 February 2013

Isu Red Tide di Sabah

Red Tide (fenomena air merah beracun) yang berlaku di perairan Sabah terutama di perairan Pantai Barat ini berlaku secara bermusim di mana selalunya pada musim kemarau selepas hujan lebat dan pada suhu rendah yang berpanjangan sepanjang musim hujan. Semasa fenomena, air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate beracun kerana adanya pertambahan nutrient dalam air.

Red Tide - air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan
Setakat ini, terdapat 30 spesies organisma plankton yang dikenalpasti boleh menyebabkan fenomena Red Tide. Majoriti spesies ini terdiri dari spesies dinoflagellate. Di Sabah, dinoflagellate Pyrodinium bahamense var compressum dikenalpasti sebagai spesies beracun yang boleh menyebabkan Keracunan Kerang yang Paralitik atau "Paralytic Shellfish Poisoning" (PSP). Mengikut rekod Jabatan Perikanan Sabah, plankton ini dikesan buat pertama kali pada tahun 1976 dengan kes 202 kes keracunan kerang paralitik yang telah mengakibatkan 7 kes maut.

dinoflagellates
Sebilangan sahaja hidupan laut menjadi toksin kerana sistem pemakanan plankton itu sendiri. Plankton yang bertoksik akan terkumpul di bahagian insang, perut dan saluran pencernaan semasa penapisan makanan. Hidupan laut tersebut ialah : 
  1. Semua jenis kerang-kerangan / mollusks
  2. Ikan tamban / round herring
  3. Udang bubuk
  4. Ikan basung / scads
  5. Ikan rumahan / mackerel

Flyers amaran
Tanda-tanda keracunan :
Peringkat Awal - 30 minit pertama, kebas bahagian bibir, muka dan terus ke leher. Bahagian hujung jari tangan dan kaki akan rasa seperti dicucuk jarum, sakit kepala, pening, muntah-muntah, cirit-birit dan loya.
Peringkat Bahaya - bagi kes yang teruk, mangsa akan mengalami kelumpuhan otot, sukar bernafas dan rasa tercekik. Dalam kes yang serius, kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.

Langkah-langkah keselamatan :
  1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pihak berkuasa yang lain.
  2. Elakkan dari memakan semua jenis kerang-kerangan, ikan tamban dan udang bubuk.
  3. Semua jenis ikan lain boleh dimakan tetapi haruslah dibuang insang, organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum masak.
  4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.
  5. Elakkan dari memakan ketam dan udang kara dalam kuantiti yang banyak. Insang, isi perut dan kepala perlu dibuang.
  6. Sekiranya keracunan, dapatkan rawatan segera. Tidak minum minuman beralkohol. Minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut (muntah).

Info : 
Pamplet keluaran
Jabatan Perikanan Sabah
Unit Red Tide dan Kesihatan Awam
Pusat penyelidikan Perikanan Likas
89400 Kota Kinabalu Sabah.
088-428415/416 (Telefon pejabat)
088-425890 (Faks)

P/s : Tunggu sehingga amaran yang dikeluarkan ditarik balik, boleh makan kerang puas-puas :)

15 February 2013

Menyumbang Bersama AMCO

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger sekalian alam.. 

Apa itu AMCO? AMCO merupakan satu pertubuhan NGO peringkat kebangsaan yang diberi nama sebagai Pertubuhan Kebajikan ADDIIN Malaysia (dalam bahasa Melayu) ataupun ADDIIN MALAYSIA Charitable Organization (dalam bahasa Inggeris) di mana berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) & merupakan pertubuhan yang 100% TIDAK BERTERASKAN KEUNTUNGAN.. Di sini jelas menunjukkan bahawa segala dana dan bantuan yang diberikan orang ramai atau pihak-pihak tertentu akan disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan.. InsyaAllah.. 

Lulu dapat flyers ney daripada insan yang memperjuangkan pembinaan pusat tahfiz di Tuaran.. Mudah-mudahan mereka cukup dana dan niat yang baik dan murni ney tercapai.. Terima kasih kepada beliau dan Lulu abadikan di Blog Curhat Cik Lulu ney untuk berkongsi.. 

Halaman 1 (klik imej untuk saiz lebih besar)

Halaman 2 (klik imej untuk saiz lebih besar)
P/s : Di saat kita menikmati kejayaan, kesenangan, kekayaan dan kemewahan di dalam kehidupan, tidak dapat dinafikan juga masih terlalu ramai dalam kalangan masyarakat kita yang jauh ketinggalan dan tidak direzekikan dan ditakdirkan untuk berjaya mengubah taraf kehidupan mereka walaupun pelbagai usaha telah dilakukan...
"CHARITY FOR THOSE IN NEED"

Lawati laman web www.addiin.com

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...