03 November 2012

Cerpen : Tak Seindah Bahasa


Sedang aku lena dibuai angin yang bertiup lembut menyapa pipiku, ditambah lagi dengan suara ombak pantai yang tenang membuai aku masuk ke alam separa sedar mindaku. Fikiran semakin tenang mengikuti rentak suasana yang membawa jiwaku semakin hanyut dan hanyut. Buaian tempat pembaringanku seolah-olah terhenti seiring dengan masa.  Sungguh tenang.

“Pakkkk!!”. Aku tersentak kerana terkejut! Aku menoleh kanan dan kiriku. Lantas gelak tawa nun aku dengari di belakang pokok kelapa. Kelihatannya, kanak-kanak riang mempermainkan aku. Sungguh nakal. Namun, aku hanya tersenyum melihat mereka lari lintang pukang tetapi dengan wajah yang puas.

            Sudah lama rasanya aku tidak merasai ketenangan kampung halamanku disebabkan kesibukan mencari hasil duniawi untuk menyara kehidupanku. Walaupun aku pada mulanya hanyalah budak kampung yang ke hulu ke hilir dengan gitar kapokku, lalu aku dendangkan lagu-lagu terhangat di radio dan mengelilingi kampung bersama rakan sepermainanku. Sungguh lucu. Tersenyum sendiri bila aku terkenangkan kembali kisah lama itu. Tetap aku sematkan dalam kotak memori indah yang takkan ku lupa sepanjang hayatku. Aku kini bangga dan bersyukur kerana minat yang aku tanam dahulu kemudiannya kembang mekar seiring dengan kejayaanku sebagai pencipta lagu popular seluruh negara. Sungguh bersyukur.

            Lamunanku terhenti dek deringan telefonku. “Bro, where are you right now?”. Syukri artis rakaman tempat syarikat aku bekerja menelefonku. Syukri merupakan artis lelaki yang baru meningkat naik di mata masyarakat dengan lagu terbarunya. Lagu tersebut ialah hasil ciptaanku. Aku kini semakin rapat dengannya. “Saya di kampung sekarang. Kenapa Syukri?”, balasku. “Aku tak puas hati betollah! Ko tau tak si A tu menghina aku dan agama kita la! Rasa macam nak bakar saja rumah dia tu. Geram betul aku dibuatnya. Kalo aku jumpa dia kat mana-mana, siap dia aku kerjakan. Biar dia tahu langit dan bumi!”, marah sungguh Syukri sekarang. Aku hanya setia mendengar luahan amarahnya dan cuba untuk memujuknya.

            Syukri berkeras memujukku untuk mencipta lagu rap sebagai balasan kepada lagu yang dinyanyikan oleh A. Minggu depan satu pertandingan Rapping Star akan diadakan. Dikhabarkan A akan ikut bertanding dengan membawa lagunya yang menghina musuh ketatnya itu, iaitu Syukri. Mereka berasal dari rancangan realiti yang sama di televisyen di mana Syukri berjaya merangkul gelaran juara, manakala A di tempat kedua. A tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana dia merasakan bahawa dialah yang terbaik antara kesemua peserta.

            “Yang aku paling tak tahan, dia hina azan kita ni! Walaupun tak direct kata-kata dia tu, tapi kalau ko hayati betul-betul, dia memang kurang ajar! Sekarang ni, aku nak ko ciptakan aku lagu rap balas balik! Aku nak kaw-kaw habis dia dengan keturunannya sekali!.” Aku menarik nafas panjang sebelum membalas kata-katanya.

            “Syukri, saya tak akan buat lagu seperti yang awak mahukan. Jika awak ada maruah dan harga diri, janganlah awak nak saya buat lagu berunsurkan penghinaan. Biarlah A tu dengan lagunya. Lagipun lagu tersebut belum pernah disiarkan dan mungkin belum ditapis lagi. Memang dia sangat biadap tapi jika awak lakukan benda yang sama, keadaan akan menjadi lebih teruk. Api jangan dilawan dengan api. Kelak marak mengancam jiwa.”

            “Aku tak kira! Kalau ko taknak tolong aku untuk Rapping Star ni, aku cari orang lain. Ko tak payah nak nasihat aku segala!”
“Bukan begitu Syukri. Bahasa kita indah. Jangan dirosakkan keindahan bahasa kita. Saya boleh ciptakan lagu terbaik untuk awak, sebagai balasan kepada lagu A tu.”
“Eh! Betul ka ni. Thank bro. You’re the man. Hahahaha.”
Panggilan itu diputuskan tanpa aku sempat untuk menjelaskannya. Nampaknya berharap sungguh Syukri terhadap lagu baru yang akan disampaikan nanti. Aku memandang ke langit, walau siapa pun kita, kita tetap memandang langit yang sama. Nampaknya aku hanya ada tiga hari sahaja untuk menyiapkan sebuah lagu. Hasrat aku untuk berehat di kampung tanpa memikirkan soal pekerjaan terpaksa aku lupakan.

Tiga hari kemudian, Syukri datang ke syarikat dengan wajah yang sungguh gembira kerana tidak sabar mencuba lagu barunya itu.
“Hello bro. What up!”
“Assalamualaikum Syukri. Duduklah. Ini lagu awak. Tengoklah.”
“Errr..waalaikumsalam. Emm. What! Tak Seindah Bahasa Kita! Apa ni! Tajuk lagu dah aku tak suka bro! Then, mana kata-kata yang aku nak bantai mamat tu!
“Sabar Syukri. Saya nak awak rapping lagu ni. Lagu ni sangat sedap dan saya yakin awak akan menang. Lirik lagu ni saya cipta untuk meningkatkan rasa hormat masyarakat terhadap bahasa dan perpaduan negara kita.”
“Hey bro, aku nak kau cipta lagu untuk menghina A bukan aku alright!”
“Maaf Syukri. Bukan saya nak hina awak. Awak jangan salah sangka. Malah saya nak tolong awak.”
Syukri berlalu pergi dari syarikat dengan lirik lagu tersebut dengan wajahnya yang kelat.

***********
~ Ehsan Google ~

Aku menaiki tangga menuju ke kompleks tempat Rapping Star diadakan. Hatiku berdebar-debar. Aku berjalan mencari tempat duduk yang kurasakan selesa. Oleh kerana aku merupakan salah seorang jemputan khas, maka aku telah disediakan tempat duduk di barisan hadapan.

Akhirnya, tibalah giliran A membuat persembahan. Kira-kira baru dua minit dia membuat persembahan yang membuatkan telingaku agak panas mendengar bait-bait lirik lagunya, orang ramai mula membaling tin minuman, botol, dan apa sahaja yang ada lantaran tidak berpuas hati. Keadaan mulai kecoh. Tiba-tiba naik seorang pemuda dan membelasah A dengan begitu pantas sekali. Pihak polis datang mententeramkan orang ramai dan dua orang lagi anggota polis melindungi A dan membawanya pergi untuk disoal siasat.

Keadaan kembali tenang dengan kebijaksanaan pihak polis mengawal kekecohan yang ditimbulkan. Giliran seterusnya ialah Syukri. Kelihatan Syukri muncul dengan berbaju Melayu tetapi berseluarkan jeans. Aku tergelak kecil melihat penampilannya.

“Baiklah, sebelum saya memulakan persembahan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pencipta lagu ini iaitu Encik Adam kerana lagu beliau telah menyedarkan saya betapa ruginya kita tidak menghargai bahasa dan budaya ketimuran kita. Saya berharap semua penonton dapat merasakan perkara yang sama. Terimalah persembahan daripada saya”.

Tidak semena-menanya, Syukri mendapat tepukan gemuruh seluruh dewan. Aku tersenyum gembira melihat Syukri menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Tak Seindah Bahasa Kita merupakan karyaku yang terbaik sepanjang hidupku. Keputusan diumumkan di mana Syukri merangkul gelaran juara. Piala kejuaraan dijulang tinggi. Dia memandang aku. Aku memandang dia. Kami hanya tersenyum. 
:: Hasil Nukilan ~ Nurlisa Kamba ::

p/s : Cintailah bahasa kebangsaan kita....

01 October 2012

Cerpen : Hingga Ke Titisan Terakhir


Malam yang dingin. Rahman melihat adiknya, Sarah yang tidur dengan nyenyaknya walaupun hanya beralaskan sekeping kotak. Rahman perlu berjaga demi keselamatan mereka. Dia sering gelisah akan adiknya kerana hanya Sarah sahajalah darah dagingnya yang tinggal setelah kematian ibu bapa mereka. Apabila ada sahaja waktu yang terluang, Rahman hanya teringatkan kenangan bersama dengan ibu bapanya. Betapa pilu hatinya mengenangkan semua itu. Ayah Rahman merupakan seorang penulis yang terkenal dengan keberaniannya dalam menentang orang-orang Serb yang datang menjajah bumi kelahiran mereka. Coretan-coretan hasil penulisan ayah Rahman banyak membantu menaikkan semangat patriotisme para pembacanya. Dialah ayah Rahman yang tidak gentar dengan orang Serb yang begitu kejam kepada mereka semua. Rahman begitu bangga dengan ayahnya yang memiliki perasaan cintakan tanah air sangat kuat sehinggakan dia terpengaruh dengan sikap yang ada pada ayahnya.
Ayah Rahman sering memberi kata-kata nasihat kepadanya agar tidak menjadi tali barut orang Serb ataupun tunduk kepada arahan mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun kerana kedaulatan tanah air merupakan segala-galanya dalam hati mereka. Banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh orang Serb ke atas bumi kelahiran mereka. Setiap hari, mereka diselubung dengan ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka. Ramai penduduk yang sudah mati diseksa dan dibunuh dengan kejam iaitu dengan penyembelihan. Penduduk yang beragama Islam terutamanya menghadapi keperitan disebabkan oleh kekejaman orang-orang Serb yang diketuai oleh Jeneral Ratko Mladic. Rumah Rahman sekeluarga terletak di atas bukit yang terlindung dari pandangan orang-orang Serb yang zalim itu. Ayah Rahman berkawan baik dengan Pakcik Amir yang juga seorang penulis tanah air. Mereka sering meluangkan masa bersama-sama sehinggakan Pakcik Amir dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Rahman masih ingat jika ayahnya hendak pergi ke pekan, dia akan mengenakan baju yang compang camping seperti orang yang kurang siuman. Itu hanyalah semata-mata untuk keselamatan dirinya semasa dia cuba untuk mendapatkan sumber makanan untuk mereka anak beranak.
Ibu Rahman pula terpaksa berkurung di rumah sahaja kerana bimbang keselamatannya terancam. Rahman pula akan bertindak sebagai ketua keluarga menjaga keselamatan ibu dan adiknya bagi menggantikan ayahnya yang pergi ke pekan mencari sumber makanan. Dia masih teringat janji terakhir ayahnya. Ayahnya akan memberinya peluang menghasilkan penulisan untuk diselitkan dalam akhbar yang ayahnya usahakan jika dia berjaya mendapat markah tertinggi dalam kelasnya. Air mata Rahman berlinangan tidak henti-henti mengenangkannya. Detik itu tidak akan mampu dia lupakan sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. Begitu pilu dan sebak dada Rahman terkenangkan peristiwa hitam kematian ibu bapanya. Dia masih ingat betapa gembira dirinya ketika menerima keputusan yang begitu cemerlang. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah. Dia menunggu adiknya di hadapan kelasnya untuk pulang bersama-sama. Sepanjang perjalanan mereka pulang dia tidak henti-henti menceritakan semua usahanya belajar siang dan malam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang kepada Sarah.
Tiba sahaja mereka berdekatan dengan semak samun yang lebih kurang 100 meter dari rumahnya, kedengaran suara ibunya yang menjerit meminta pertolongan. Rahman kemudiannya menarik tangan adiknya untuk bersembunyi di sebalik semak samun itu. Mereka berdiam terdiam kaku namun hati berdebar kerisauan. Dia melihat Pakcik Amir lengkap berpakaian seperti askar-askar orang Serb. Askar-askar yang lain juga ada bersamanya. Pakcik Amir ketawa berdekah-dekah apabila ayah Rahman memanggilnya pengkhianat bangsa. Ayah Rahman dibelasah teruk sementara ibunya dipegang oleh askar yang lain. Rahman sangat marah terhadap Pakcik Amir yang mengkianati mereka sekeluarga. Dia memeluk Sarah agar Sarah tidak menyaksikan semua itu. Semakin keras Sarah cuba untuk melepaskan pelukan abangnya, semakin keras dan erat pelukan Rahman. Air mata tidak henti-henti membasahi pipi mereka berdua.
“Ayah..”. Bisik hati Rahman melihat ayahnya dibelasah askar-askar itu tanpa henti. Bagai nak gila Rahman menahan kemarahannya. Kalau diikutkan hatinya, hendak sahaja dia berlari ke arah Pakcik Amir untuk membalas perbuatannya terhadap ayahnya. Namun apakan daya. Dia juga perlu melindungi adiknya, Sarah yang baru berumur 10 tahun. Pakcik Amir terus berdiri berhampiran ayah Rahman dan memijak tangan kanan ayahnya. “Ini tangan yang kau guna untuk menentang orang Serb, Adam! Baru padan muka kau! Ini balasannya! Mana anak kau?! Hah!”, bentak Pakcik Amir sambil mengesat-ngesat kaki ayahnya. “Jeneral Ratko Mladic sangat baik kepadaku dan aku memperoleh kesenangan.” Tambahnya lagi. Ayah Rahman tidak mampu lagi berkata-kata. Hanya darah yang tidak henti-henti keluar dari mulut ayah Rahman. Pakcik Amir terus mengambil senapang patah dan diacukan tepat di kepala ayahnya. Rahman terus memeluk Sarah dengan begitu kuat. “Selamat tinggal kawanku.” Pakcik Amir dan askar yang lain ketawa berdekah-dekah dan terus menembak ayah Rahman. Kedengaran jeritan ibunya yang melihat suaminya mati dihadapannya. “Sekarang giliran kau pula.” Pakcik Amir mencengkam leher ibu Rahman tanpa belas kasihan.
Ibu Rahman pun terus meludah ke arah Pakcik Amir kerana perasaan benci yang lahir dari hati. Wajah Pakcik Amir berubah menjadi marah atas tindakan ibu Rahman itu. Dia terus menampar kuat ibu Rahman. “Kamu pegang tangannya.” Pakcik Amir mengarahkan askar yang lain. Di hadapan mata Rahman, ibunya dirogol tanpa belas kasihan. Selepas itu, Pakcik Amir menembak kepala ibu Rahman sama seperti ayahnya. Mereka berlalu pergi dari situ diringi dengan ketawa yang membuatkan hati Rahman dipenuhi dengan dendam yang membara. Dia berazam untuk membalas dendam terhadap orang-orang Serb terutamanya Pakcik Amir yang telah menjadi pengkhianat bangsa dan tanah air. Setelah Rahman memastikan keadaan selamat, dia pun melepaskan adiknya. Sarah yang ketika itu menangis tidak henti-henti berlari mendapatkan ibu bapanya yang terbaring kaku di atas tanah.
Lamunan Rahman terhenti apabila bahunya disentuh. Dia terkejut dan terus menghunuskan parang ke arah orang tersebut. “Siapa kau?!”. “Sabar anak. Saya Danial. Itu Tuan Scorvich dan rakan-rakan yang lain.” Orang itu memperkenalkan dirinya dan rakan-rakan bersamanya terhadap Rahman. Rahman menjadi tenang semula apabila mengetahui perjuangan mereka sehala iaitu hendak menentang kekejaman orang Serb di tanah air mereka. Rahman menceritakan segala-galanya kepada Tuan Scorvich yang menjadi pemimpin kepada orang tadi. Dia bersetuju untuk mengikuti persatuan mereka. Tuan Scorvich merupakan orang ternama di sana. Dia mempunyai rancangan untuk menewaskan orang Serb dari tanah air mereka. “Rahman, aku rasa baik kamu dan adik kamu ikut rombongan yang saya kumpul untuk dihantar ke Malaysia. Malaysia sebuah negara yang aman damai. Di sana kau akan mendapat perlindungan sepenuhnya bersama-sama dengan yang lain. Kamu juga akan dapat sambung belajar kembali.”, kata Tuan Scorvich kepada Rahman.
Rahman berfikir panjang. “Tuan, bolehkan tuan berjanji untuk memastikan adik saya selamat sepanjang berada di Malaysia?” Soal Rahman kepada Tuan Scorvich.
“Kenapa Rahman? Itu sudah pasti kerana saya berkawan rapat dengan duta negara kita di sana.”
“Kalau begitu tolong tuan. Tolong bawa adik saya sekali tuan. Tolong pastikan keselamatannya di sana. Saya ingin mengikuti perjuangan yang lain di sini.”
“Saya tidak akan pergi dari sini kerana saya ingin teruskan perjuangan ayah saya. Demi tanah air kita, saya tidak akan gentar. Biar putih tulang, jangan putih mata. Tolong izinkan saya menyertai persatuan tuan.”
Tuan Scorvich terdiam melihat kesungguhan seorang budak yang baru berusia 12 tahun itu. Walau pun usianya masih muda, namun dia sangat kagum dengan semangat patriotisme yang dimiliki oleh Rahman. Dia bersetuju dengan permintaan Rahman. Rahman melihat adiknya yang masih tidur kesejukan. Air matanya jatuh berlinangan lagi memikirkan mereka akan berpisah mungkin untuk selama-lamanya. Rahman yakin keputusannya untuk menghantar adiknya ke Malaysia ialah satu keputusan yang betul. Dia yakin bahawa tentu ayahnya membuat keputusan yang sama sepertinya. Dia tahu negara Malaysia terkenal dengan kemakmuran tanpa peperangan seperti yang berlaku di negaranya. “Bosnia negaraku tercinta, aku akan berjuang hingga ke titisan yang terakhir demi mempertahankanmu”. Bisik hati Rahman.
:: Nukilan : Nurlisa Kamba ::

11 August 2012

Cara kesan gambar anda di laman sosial dicuri / didownload tanpa pengetahuan?

Assalamualaikum & salam sejahtera buat para pengunjung blog.. Salam Ramadhan ke 22.. Sekarang ney, isu sudah makin hangat dengan penubuhan group di Facebook seperti Himpunan Awek-Awek Melayu la apalah..Kerja admin group tu, ambik gambar-gambar perempuan letak kat group tu..Komen2 dari ahli group x payah mo cakap la kan.. Benci betul lah ada group macam tu.. Buka aib orang & cakap macam2.... 

So, kita ada cara untuk berwaspada bagi kaum hawa.... dengan kewujudan laman web Tin Eye ney, kita boleh kesan sama ada gambar kita sudah orang curi (download) tanpa pengetahuan kita atau x.. 
:: Follow this step ::
1. Klik imej yang anda ingin periksa sama ada dari Facebook / Twitter / etc
2. Copy link imej tersebut
3. Paste link imej tersebut di laman web Tin Eye

Itu sahaja... terima kasih ^^

xoxo

08 April 2012

Perniagaan Topup Easy Reload

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger dan pengunjung blog Curhat Cik Lulu... Terima kasih  sebab sudi jenguk-jenguk, jeling-jeling, pandang-pandang blog yang x seberapa ney.. ^^

Tajuk entri berkenaan satu bisnes reload atau topup yang sudah mula berkembang pesat gabungan dua buah syarikat server topup autoreload iaitu ZM Reload dan Ananamobile melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan Yahoo Massenger (YM)...

Sebenarnya saya telah mengikuti bisnes ney setahun yang lalu... Tapi faham-faham la kan dengan kehidupan pelajar yang sibuk dengan tugasan.. x dapat nak kawal pengurusan masa dan peluang berbisnes.. Alhamdulillah saya mulakan semula bermula tahun ini di asrama...hehe... Memang untung lebih sebab saya caj 50 sen setiap transaksi...Ditambah pula, saya dah ada beberapa downline kat bawah saya yang juga aktif dalam bisnes ney.. Ada komisen tau.. ^^  So, saya cuma nak kongsikan dengan anda semua berkenaan peluang menjana pendapatan dengan cukup mudah ney... Siapa lagi nak ubah taraf hidup kita jika bukan dengan usaha sendiri ^^.. 

Saya syorkan untuk anda klik laman blog Anana Mobile  untuk kefahaman lebih lanjut... Nak join senang sahaja.. Cuma cari insan-insan yang bole daftarkan anda.. Kemudian, anda pun boleh berbuat sedemikian untuk menambah pendapatan sedia ada.. cukup mudah.. Jom baca serba sedikit.......

Apa Easy Reload??

Kelebihan sistem Easy Reload

Sistem lantikan ejen (downline)

Yuran adalah berdasarkan jawatan / pangkat yang dikehendaki 

Bagaimana sistem Easy Reload beroperasi
~ Done for today ^^... Sharing is Cute right ;p ~

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...