30 October 2010

Kulit oh kulit


Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda. Makanan mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda. Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink. Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).



Antara tips-tips penjagaan kulit supaya sentiasa sihat adalah :
1)       Sentiasa membersihkan kulit
Untuk membersihkan kulit anda perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika anda lebih banyak berpeluh maka anda perlu mandi dengan lebih kerap lagi. Gunakan sabun atau pencuci yang lembut jika anda mempunyai kulit kering. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, elakkan sabun dan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang kulit.

2)       Menggunakan pelembap selepas mandi
Kulit yang kering perlu menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Dengan menggunakan pelembap kulit ia akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Dan bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak maka anda tidak perlu lagi menggunakan pelembap.

3)       Lindungi kulit daripada cahaya matahari
Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari. Ini kerana kulit anda akan menjadi rosak jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari apabila dirasakan perlu.

4)       Bersenam selalu
Bersenam secara konsisten akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ dalam badan termasuklah kulit anda. Ia juga akan sentiasa mengekalkan kesihatan kulit anda.

5)       Jaga pemakanan
Anda perlu mengambil makanan yang seimbang yang mengandungi sumber protein, vitamin dan juga mineral. Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat dan cantik anda perlu banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.

6)       Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.




PENJAGAAN KULIT MENGIKUT PERINGKAT UMUR
 
20an
Gunakan produk yang lembut dan ini adalah untuk menghalang kulit kita daripada mengalami masaalah kulit. Terlalu awal untuk menggunakan krim anti-kedutan. Untuk cucian muka bagi kulit yang normal, basuh muka hanya sebelum tidur. Bagi kulit berminyak, gunakan pencuci muka yang lembut atau bergel dan pencuci muka bersusu bagi kulit yang kering.

30an
Kalau dari umur 20an kita tak menjaga kulit kita, semasa umur 30an ni, kita akan nampak kedutan halus dimata dan mulut. Untuk cucian muka, gunakan pencuci yang mengandungi AHA, untuk pengelupasan yang lembut. Pada sebelah malam, gunakan pencuci yang berkrim (creamy cleanser). Bagi pelembap pula, mesti ada perlindungan SPF 15 atau 20 dengan UVA/UVB, dan seharusnya juga mengandungi bahan-bahan antioksida seperti white tea atau vitamin C, sebab boleh melindungi kulit dari radikal bebas. Dan kita seharusnya sudah mula menggunakan krim mata. Untuk pelembap malam, di umur ini, pelembap malam atau serum yang mengandungi "retinol" atau "retinoid" mesti digunakan sebab kedutan akan mula muncul pada peringkat umur ini.

40an
Masa ni, semua masalah kulit akan muncul seperti kedutan, kemerahan, kulit tidak serata dan bintik-bintik hitam. Kulit juga akan menjadi kering yang menyebabkan kulit menjadi kusam.
Untuk mencuci muka, gunakan pencuci yang berkrim (creamy), malam dan siang. Gunakan pelembap muka yang 'kaya' dengan pelembap, mengandungi SPF 15 atau 20. Untuk malam, gunakan pelembap yang mengandungi "retinoid". Ini membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, menggalakkan pengelupasan yang lembut dan megurangkan masaalah kulit akibat dari matahari.

50an
Untuk pagi dan malam cuci muka dengan pencuci muka tanpa sabun, atau yang "creamy". Pelembap yang mengandungi serum dan vitamin C akan membantu menahan dan mengurangkan masaalah kulit muka. Dan untuk malam pelembap yang mengandungi "retinoid" mesti selalu digunakan.

No comments:

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...