19 June 2014

MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Berikut merupakan petikan ceramah yang disampaikan oleh pegawai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan sempena Kempen Antidadah di Sekolah Kebangsaan Bawang, Tamparuli.

MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Selamat pagi guru-guru, murid-murid dan warga sekolah sekalian. Terima kasih kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah “Mewujudkan “Generasi Tanpa Dadah”.
Hadirin sekalian,
            Penagihan dadah telah menjadi satu masalah yang serius dan membimbangkan. Semua pihak mesti menjalankan peranan masing-masing dalam usaha untuk menangani masalah ini. Individu, ibu bapa, tokoh agama, media massa dan pertubuhan sukarela perlu berusaha membentuk barisan generasi yang bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah.
Hadirin yang saya hormati,
            Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu membasmi dadah. Mereka disarankan agar memberikan kesedaran kepada pihak supaya membenci dadah. Hayatilah slogan “Katakan Tidak kepada Dadah” dan jadikannya sebagai satu pegangan.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
            Media massa seperti televisyen, radio dan akhbar dapat menyebarkan maklumat dengan berkesan. Oleh itu, peranan media massa perlu dipertingkatkan. Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk generasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa, tenaga, dan wang ringgit untuk mencapai misi ini. Mereka perlu bersedia untuk menempuh segala cabaran kerana tugas ini adalah berat untuk dilaksanakan.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
            Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan lebih proaktif. Agensi ini diharapkan akan merealisasikan impian Generasi Bebas Dadah menjelang 2015 nanti. Semua pihak diharapkan akan memberikan kerjasama.
Dengan tegas saya katakan bahawa jika kita terlibat dengan dadah, masa depan kita akan menjadi gelap. Kita akan menjadi beban kepada orang lain. Sepatutnya kitalah yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan Negara yang kita kasihi ini.
Demikianlah ceramah saya pada kali ini. Semoga impian kita untuk bebas daripada dadah akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

01 March 2014

Contoh Soalan Temuduga SuruhanJaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Kenangan selepas temuduga SPP di Cawangan SPP, Wisma BSN Kota KInabalu, Sabah.
Dari kiri saya (Leesa Lulu), Lisa (nama kami kembar) & Hana

Assalamualaikum.. Semoga berjaya buat para guru yang akan menjalani temuduga SPP.. Di sini saya telah mengumpul soalan-soalan SPP berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan & insan yang bermurah hati berkongsi di laman blog masing-masing.. Ruang jawapan disediakan.. Semoga berjaya..


20 February 2014

5 Sikap Wanita Melalui Bantal


1) Memeluk Bantal

  • Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
  • Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
  • Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
  • Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
  • Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan

2) Menggunakan Banyak Bantal
  • Mereka biasanya kurang keyakinan.
  • Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
  • Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain
3) Tidur Dengan Satu Bantal

  • Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
  • Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
  • Mereka mempunyai sifat kurang baik.
  • Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
  • Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
  • Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
  • Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
  • Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
  • Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

03 January 2014

Khasiat Kacang Bendi (Ladys Finger)


Kacang Bendi ( Ladys Finger )

Bendi adalah sejenis sayur yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan India. Ia mudah didapati dan sangat sedap dicampur kedalam hidangan kari dan goreng bercili.Tahukah anda bendi banyak khasiatnya? Antara khasiat bendi ialah:



1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong. 
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.


P/s : Sedap dibuat ulam cicah dengan sambal kacang campur belacan..nyum3 

Curhat Terdahulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...